|
'O mankind! We created you from a single soul, male and female, and
made you into nations and tribes, so that you may come to know one another. Truly, the most honored of you in Gods sight is
the greatest of you in piety. God is All-Knowing, All-Aware.' [49:13]
Ucapan salam Aidilfitri dari saya sekeluarga di United Kingdom


|
| Mohd.Hasmadi Ismail, Nor Safarina Ismail dan Muhammad Adi Safwan |
Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Raya Aidilfitri 2004(1424H) buat keluarga,sanak saudara, guru-guru, sahabat handai dan semua umat Islam
dimana jua berada.
- Buat AYAHBONDA di Felda S.Retang, Jerantut,Pahang ( Haji Ismail Yusuf & Hajjah
Jemilah Yusof) & Taman Jaya,Bandar Tun Razak,Cheras,KL(Hj. Ismail Ahmad & Hajjah Solleha Ishak). "Selamat
menyambut hari raya dari kami yang jauh di perantauan. Insyaallah kita akan dapat bersama tahun depan. Maafkan segala salah
dan silap kami selama ini. Kami tidak melupakan Ayahbonda disana. Maaf zahir batin...."
- Buat adik beradik yang lain Kak Long(Suriyati)& Abang Long(Saharuddin)sekeluarga
di Sg.Besar(Selangor), Abang Ngah (Mohd.Hanafi), Mohd.Hadzlan & Jan sekeluarga (Selangor), Nasir dan Maria sekeluarga(Selangor),
Shahril, Aisha dan Syahmi(Bandar Tun Razak), Suhana, Sunita, Mohd.Hasbullah, Suliza, Sulinda, Suziani dan Mohd. Hanif(Jerantut)..."Semoga
Aidilfitri ini membawa kebaikan buat kita semua. Kami mohon maaf sekiranya ada salah dan silap silap selama ini..sama-samalah
kita bermaafan semoga dibersihkan dari dosa dan prasangka..jangan lupa melawat mak dan abah di kampung..kirim salam kami buat
mereka.."
- Istimewa juga buat Pakcik (Ahmad Ishak)&
Makcik (Maznah Abd. Manan)serta anak-anak Afzal,Afizul serta Afirah (Tasek Gelugor).. " Selamat
hari raya dari kami disini.. maaf zahir batin.."
- Kepada dua-dua Tok (Hajjah Teh dan Hajjah Tah ) .."Cucu dan cicit
disini nak ucapkan selamat hari raya ..rindu tahun ni tak dapat jumpa ..insyaallah tahun depan kita jumpa ..maaf zahir batin.."
- Semua bapa dan emak saudara yang berada di Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah,
Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur,Perak dan dimana jua..." Kami ucapkan semoga Aidilfitri tahun ini disambut
dengan penuh meriah dan bermakna. Jangan lupa kami disini..maaf zahir batin.."
- Kepada semua kenalan dan sahabat handai.."
Tak dapat nak disenaraikan disini kerana terlalu ramai namun kami disini tidak lupa untuk mengucapkan selamat menyambut hari
raya Aidilfitri. Walau dimana jua kalian berada kami memohon maaf andai kata terlanjur kata dan tingkah-laku semasa kita bersama.
Semoga persahabatan ini tidak akan berakhir. Juga semoga bergembira menyambut hari lebaran yang mulia.."
"Di hari raya terkenang daku kepada si dia ..kampung ku indah
nun jauh disana..ayah serta bondaku..."

|